Table of contents
PENGENALAN
HD COMPUTERS (HD Expert Solutions Sdn Bhd) adalah sebuah perniagaan milikan tinggal, dan ditubuhkan secara rasmi pada 21 April 2021. Perniagaan ini beroperasi di PT 13707 Tingkat Bawah, Taman Chukai Utama, 24000 Kemaman, Terengganu. Di sini kami menjual pelbagai aksesori komputer, mesin pencetak (printer), serta pelbagai barangan dari perkakasan tahap rendah hingga tinggi untuk kegunaan rumah, pejabat mahupun kilang. Di samping itu, syarikat ini turut menyediakan perkhidmatan membaik pulih komputer kepada pengguna dan syarikat-syarikat yang memerlukan khidmat sokongan. Perniagaan ini telah dijalankan selama hampir 3 tahun oleh pemilik. Pemilik mempunyai lebih 18 tahun pengalaman kerja di dalam bidang Teknologi Maklumat.
MISI SYARIKAT
HD COMPUTERS (HD Expert Solutions Sdn Bhd) berusaha mengembeleng tenaga dalam pelbagai sumber dan beriltizam untuk mencapai misi dengan:-
- Melaksanakan projek yang diamanahkan dengan cekap dan cemerlang demi memenuhi kehendak pelanggan.
- Mengamalkan semangat kerja berpasukan yang beramanah,profesional dan produktif.
- Berazam memberikan pulangan dan imbuhan yang tinggi kepada setiap kakitangan setanding atau melebihi tahap pasaran.
- Menggunakan teknologi dan sistem terkini untuk menguruskan dan melaksanakan projek yang berkualiti.
Misi utama syarikat HD COMPUTERS (HD Expert Solutions Sdn Bhd), adalah mengutamakan perkhidmatan lepas jualan yang cepat dan mesra pelanggan. Kami sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kami. Sasaran kami ialah untuk mengurangkan kerugian pelanggan dari kerosakan peralatan yang dibekalkan oleh kami.
Kami sedar bahawa penjagaan dan cara mengendalikan komputer serta peralatan pejabat dengan betul dapat mengurangkan kerosakan ke atas mesin-mesin tersebut. Oleh itu itu kami akan menyediakan pelbagai tip penjagaan dan pengendalian yang lebih berkesan untuk pelanggan kami.
LATAR BELAKANG SYARIKAT
| NAMA SYARIKAT | HD COMPUTERS (HD EXPERT SOLUTIONS SDN BHD) |
| ALAMAT | PT 13707 TINGKAT BAWAH & TINGKAT ATAS, TAMAN CHUKAI UTAMA, 24000 KEMAMAN, TERENGGANU. |
| NO.PENDAFTARAN SYARIKAT | (1590755-D) |
| NO.TELEFON | 09-8535722 |
| NO. H/PHONE | 013-9413707 |
| hdcomputerssb@gmail.com | |
| TARIKH PENUBUHAN | 18 JULY 2022 |
| NO AKAUN BANK | 563028641454 MAYBANK (CUKAI) |
LATAR BELAKANG ORGANISASI
LATAR BELAKANG PROJEK YANG TELAH DIJALANKAN
Syarikat ini beroperasi pada 2021 dan dalam peringkat membangun dan memperkembangkan bidang perniagaannya. Ketika ini HD COMPUTERS (HD Expert Solutions Sdn Bhd) sedang giat menjalankan perniagaan menjual peralatan dan aksesori komputer di tempat-tempat tumpuan orang ramai dan menjalankan perkhidmatan di lokasi @ “on-site service” di mana-mana syarikat yang memerlukan perkhidmatan kami.
Strategi yang berkesan amat penting dalam perancangan kerja bagi mencapai perkhidmatan yang cemerlang. Strategi syarikat kami menekankan kepada beberapa aspek penting seperti pengurusan organisasi, efisiensi pemasaran, mutu kerja, ketepatan dan hubungan baik dengan pelanggan dan stakeholder.
PERNIAGAAN YANG DIJALANKAN
MEMBEKAL PERALATAN PEJABAT DAN AKSESORI IT
HD COMPUTERS ENTERPRISE adalah salah satu syarikat pengedaran dan peruncitan di dalam rangkaian mengedarkan peralatan rumah, pejabat dan sekolah yang pesat membangun dan berdaya maju.
Aktiviti-aktiviti teras kami meliputi mengedarkan dakwat mesin pencetak, dan peralatan ICT. Dengan gabungan kepakaran kami, setiap produk mampu dijual dengan harga lebih murah dan bermutu. Kami mengutamakan perkhidmatan yang cekap dan cepat serta mengedarkan produk yang berkualiti tinggi.
Oleh itu, secara tidak langsung kami berjaya merealisasikan misi syarikat, iaitu memangkin wawasan ke arah mewujudkan masyarakat berilmu dengan menyediakan aksesori dan dakwat pencetak yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan.
Kami memperolehi stok dakwat dan barangan ICT terus dari pengedar utama. Oleh itu, pengguna boleh membeli pelbagai produk tersebut pada harga yang berpatutan. Syarikat ini dibangunkan bukan setakat berperanan sebagai pengedar tetapi juga sebagai pusat pemborong bagi tadika, sekolah, pejabat dan juga kedai-kedai runcit kecil.
Contoh peralatan yang dibekalkan oleh kami kepada badan kerajaan seperti Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman, dan Sekolah Menengah Agama Al-Amin Geliga.
Anda perlu yakin pada rangkaian produk-produk kami. Kami sentiasa menjaga kualiti dan jaminan harga yang berpatutan.
PERKHIDMATAN MEMBAIKPULIH KOMPUTER
Mempunyai keupayaan dalam membaik pulih komputer dengan kadar segera kerana mempunyai alat gantian yang mencukupi serta mempunyai jaringan kerja yang baik dengan pembekal. Sedia menjalankan perkhidmatan baik pulih sama ada di sekolah, pejabat, kilang dan rumah.
PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN RANGKAIAN @ NETWORKING
Berkelayakan dalam kerja pendawaian rangkaian @ networking. Juga berkebolehan dalam mewujudkan sistem rangkaian tanpa wayar. Memasang serta menguji `server ‘ adalah di antara kerja yang sering dilakukan kerana HD COMPUTERS (HD Expert Solutions Sdn Bhd) mempunyai pekerja yang berkelayakan dan berpengalaman.
HD COMPUTERS ENTERPRISE mempunyai jaringan yang baik dengan pembekal perisian seperti Microsoft, Kaspersky dan Adobe. Berpengalaman memasang dan menguji perisian di jabatan kerajaan dan sektor swasta.
PERISIAN

HD COMPUTERS (HD Expert Solutions Sdn Bhd) mempunyai jaringan yang baik dengan pembekal perisian seperti Microsoft, Kaspersky dan Adobe. Berpengalaman memasang dan menguji perisian di jabatan kerajaan dan sektor swasta.
SIJIL & KELULUSAN
Kami mempunyai kelulusan sijil daripada Kementerian Kewangan, CIDB dan SSM.

















